Thursday, January 28, 2010

Ringkasan Skim Keahlian

TELAH DILANCARKAN PADA 17HB DISEMBER 2009!!!

Salam Sejahtera Kepada Saudara / Saudari. Saya menjemput saudara / saudari untuk menjadi AHLI BIASA ataupun SPEAKER ataupun LEADER Program Skim Keahlian Koperasi ANGKASA – KKPMB seperti saya..!!!

Konsep Skim Keahlian ANGKASA – KKPMB

Skim Keahlian yang diperkenalkan adalah menggunapakai konsep keahlian seperti Kad Mesra (PETRONAS), Bonuslink (Shell), J-Card (JUSCO), Kad Meriah (MYDIN), Kad Smile (Esso & Mobil), SENQ (Seng Heng) dan sebagainya.

Pendekatan mirip seperti inilah jugalah yang bakal diambil untuk memasarkan perlbagai PRODUK-PRODUK KOPERASI, di mana ahli yang menyertai skim ini akan menjadi ‘CONSUMER’ pelbagai produk koperasi secara berterusan dan memperolehi REBAT dan/atau BONUS setiap kali membuat transaksi perniagaan di premis milik mana-mana koperasi dan sekaligus menggalakkan ahli membeli barangan yang dikeluarkan oleh koperasi berkenaan. BONUS ini pula boleh digunakan untuk PEMBELIAN BARANGAN KOPERASI DI BULAN-BULAN & MASA HADAPAN.

Berita BERNAMA 17/12/2009 bertajuk “Koperasi Perkenal Kad Setia Pada 2010”, satu Kad Setia (Loyalty Card) akan dikeluarkan setiap seorang kepada hampir 7juta (7,000,000) Ahli Koperasi seluruh Negara mulai tahun 2010, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Y.B. Dato Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kedai Koperasi “COOP JIWA SHOPPE”

Pada 17 Disember 2009, Majlis Pelancaran “Pemasaran Produk Keluaran Koperasi-koperasi & Pembiayaan Kereta Nasional” anjuran ANGKASA & KKPMB telah dirasmikan oleh Y.B Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri KPDNKK bertempat di premis KKPMB di Jalan Tun Razak yang berhampiran dengan Bulatan Kg. Pandan. Hari yang bersejarah ini turut menyaksikan Pelancaran Kedai “COOP JIWA SHOPPE” bagi membolehkan ahli-ahli program membeli pelbagai barangan koperasi yang ditawarkan di premis niaga tersebut.

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad - ANGKASA

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (“ANGKASA”) adalah Koperasi Induk yang menaungi semua jenis koperasi asas, menengah dan atasan di seluruh Malaysia. ANGKASA diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sebagai badan yang mewakili Pergerakan Koperasi Malaysia pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. ANGKASA juga tertakluk kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). ANGKASA kini diterajui oleh Yang Dipertuanya iaitu Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Ali Hj. Baharum.

Kini, terdapat kira-kira 7,000 Koperasi yang beroperasi di seluruh Malaysia. Daripada jumlah itu, kira-kira 4,000 Koperasi bernaung di bawah ANGKASA dengan gabungan jumlah keahlian daripada pelbagai koperasi berjumlah kira-kira mencecah 7juta (7,000,000) Ahli..!!!

ANGKASA sedang bergerak dengan lebih dinamik untuk memartabatkan lebih dari 2,000 Produk keluaran pelbagai koperasi di bawah naungannya melalui:

· Penambahbaikan (Upgrading)

· Penjenamaan Semula (Branding)

· Pembungkusan (Packing)

· Perlaksanaan Aktiviti Niaga Berskala Besar (Bulk & Volume Business Scale Activities)

menerusi Pusat Pemasaran Koperasi ANGKASA / Pusat Pengumpulan Produk-produk Koperasi di mana-mana 14 negeri yang akan diwartakan kelak / Kedai-kedai COOP JIWA SHOPPE agar mampu bersaing dengan produk-produk terkemuka yang lain di pasaran tempatan dan juga pasaran antarabangsa.

Peranan Konsortium Koperasi Pengguna Malaysia BerhadKKPMB

Bahagian Pembangunan Usahawan ANGKASA telah melantik Konsortium Koperasi Pengguna Malaysia Berhad (W-6-0272) (“KKPMB”) yang dianggotai 25 Koperasi yang digabungkan dengan keahlian kira-kira 500,000 Ahli selaku PANEL PEMASARAN produk-produk Usahawan ANGKASA dan Koperasi Ahli Pusat Perkhidmatan Usahawan ANGKASA.

Penyedia Platform JIWA REALITI SDN. BHD. - JIWA

Antara faktor-faktor utama yang melayakkan JIWA REALITI SDN. BHD. (840997-U) (AJL 931781) (“JIWA”) dipilih selaku Penyedia Platform Pemasaran adalah:

Kepimpinan ARISTOKRAT & KOPORAT

CEO JIWA adalah dari golongan diraja iaitu YM Tengku Dato’ Sri Kamarul Zaman Ini Almarhum Sultan Sir Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai ‘Tengku Intan’, manakala Presiden JIWA ialah YH Dato’ Eric Yap Yee Hoo.

MoU Bersama OIC World Trade

Perjanjian ditandatangani pada 20 April 2009 dalam usaha mempergiatkan usaha niaga JIWA di 57 Negara Ahli OIC dalam mewujudkan peluang kepada usahawan JIWA untuk menjadi Ahli Niaga Global. Secara langsung, produk-produk koperasi bakal turut berpeluang untuk dipasarkan di 57 Negara Ahli OIC dan seterusnya berpotensi untuk menembusi pasaran di peringkat global.

Penyelaras Program & Penyedia Perkhidmatan Metrocomm Resources - METROCOMM

KKPMB telah melantik METROCOMM RESOURCES (001673664-X) sebagai perunding antara KKPMB dan JIWA REALITI SDN. BHD. (840997-U) (AJL 931781) serta bertindak selaku Penyelaras Program kerana rekod yang cemerlang dan berkepakaran di dalam bidang Penyedia Perkhidmatan (Service Provider) kepada syarikat telekomunikasi CELCOM sebelum ini.

Keistimewaan Skim Keahlian Ini

1. Keahlian sediada melebihi 7juta (7,000,000) ahli Koperasi di seluruh Negara.

2. Terdiri lebih dari 7,000 buah Koperasi-koperasi di seluruh Malaysia dan hampir 4,000 Koperasi tersebut yang bernaung di bawah ANGKASA.

3. Terdapat lebih dari 2,000 Jenis Produk keluaran Koperasi di seluruh Malaysia.

4. ANGKASA menerusi ahlinya telahpun mempunyai 14 Pusat Pengumpulan produk di setiap negeri. Sila rujuk keratan akhbar Harian Metro bertarikh 19/12/2009.

5. Menggunakan kaedah ‘AUTO PLACEMENT’ kerana pendaftaran keahlian melebihi 7juta peserta di dalam program ini.

6. Bayangkan 7,000,000 ahli koperasi (14 buah negeri) akan melalui proses pendaftaran di dalam satu sistem untuk memberikan pulangan serta keuntungan kepada ahli-ahli yang menyertai program ini, sudah tentulah mereka perlu diberikan penjelasan secara terperinci, katakanlah setiap taklimat dihadiri oleh 100 prospek, memerlukan 70,000 sessi taklimat di seluruh Negara.

7. Sudah tentu memerlukan sekurang-kurangnya 3,000 hingga 5,000 orang LEADER & SPEAKER bagi bekerjasama untuk bergerak secara aktif menjelaskan program promosi ini kepada ahli-ahli koperasi. Jumlah ini tidak termasuk lagi jumlah orang awam yang akan menyertai skim keahlian ini.

Bagi LEADER & SPEAKER berpengalaman di dalam skim keahlian ini samada Uptrend2u, CNI, Sureco, Cosway, Shaklee, HPA, Cosway, Amway, Zhulian, Hai-O, Trica-Juice, Propolis Gold dan sebagainya, ANDA ADALAH DIALU-ALUKAN MENYERTAI SKIM KEAHLIAN INI dan jangan lepaskan peluang ini kerana skim begini tidak pernah berlaku yang melibatkan keahlian koperasi sebesar ahli-ahli koperasi ANGKASA berjumlah 7,000,000 ahli Koperasi di seluruh Malaysia.

Apa Anda Harus Lakukan Untuk Mendapatkan Manfaat Dari Skim Keahlian Ini?

1. Mendaftarkan diri menjadi ahli di dalam Skim Keahlian ini dengan bermodalkan RM400 (Ringgit M’sia: Empat ratus sahaja) – RM50 sebagai Yuran Ahli Seumur Hidup + RM350 Pembelian Pertama Produk JIWA.

2. Setelah mendaftar menjadi ahli skim keahlian ini, anda hanya diminta agar mengubah SIKAP MEMBELIBELAH & BERBELANJA baik secara harian, mingguan, bulanan, musim-musim perayaan dan tahunan di mana-mana Pusat Pemasaran Koperasi ANGKASA / Pusat Pengumpulan Produk-produk Koperasi di mana-mana 14 negeri yang akan diwartakan kelak / Kedai COOP JIWA Shoppe yang sediada dan juga yang akan dibina bermula daripada kawasan Lembah Kelang sehingga ke semua pelusuk daerah dan kawasan di seluruh Malaysia untuk mendapat BONUS & REBAT kepada setiap perbelanjaan dan pembelian anda.

3. Terdapat hampIr 2,000 produk keluaran Koperasi ANGKASA termasuklah barang-barang kperluan harian seperti beras, gula, sos, kicap, bihun, tepung, mee, susu, garam, teh, kopi, telur ayam, daging ayam, daging lembu, ikan, sayur-sayuran, makanan segera, roti dan sebagainya.

4. Terdapat juga produk-produk yang berasaskan perkhidmatan, IT, pakaian sekolah, tekstil, minyak pelincir kenderaan, perubatan, kecantikan, pemakanan kesihatan, servis tambah nilai, kasut, stoking, barangan tukang dan lain-lainnya.

No comments: